Kelas MS Word, Asas ICT, E-Learning & Klik Dengan Bijak (KDB)

8 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word, Asas ICT, E-Learning dan Klik Dengan Bijak (KDB) ini telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Oktober 2018. Dalam kelas ini, para peserta diberi tugasan menaip petikan pendek menggunakan MS Word mengikut format yang telah ditetapkan. Latihan ini diberikan bertujuan untuk menguji kemahiran menaip para peserta disamping meningkatkan kemahiran penggunaan MS Word terutamanya dalam menformat petikan.

Selain itu, para peserta turut diajar tentang komponen-komponen asas komputer beserta fungsinya. Mereka juga diminta untuk menyelesaikan Word Search dan Crossword Puzzles secara atas talian bagi menguji pengetahuan dan pemahaman mereka berkaitan komponen-komponen asas komputer yang telah dipelajari.

Selepas itu, kelas diteruskan dengan sesi mengulangkaji matapelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com. Melalui ulangkaji ini, para peserta akan diharap agar lebih berminat untuk menggunakan ICT dalam pelajaran mereka.

Sebelum berakhirnya kelas, taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) dijalankan dimana para peserta dididik tentang panduan dan etika menggunakan emel secara positif dan selamat.

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 1.00 petang ini dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 4.00 petang.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali